Anda seorang blogger yang baik hati? Tekanlah gambar dibawah nie.. Hehehe :D

Tuesday, 1 May 2012

Ditepi pantai yang indah

Assalamualaikum..

"Adik nak pergi mana ye? Nak jumpa siapa?" Persoalan dari abang polis yang ohsemm tu.. Sambil suloh-suloh lampu kat muka kami satu kereta. Errrrr... Nie bukan jalan nak ke KL ke??? Alamakkkk.. Dah masuk Hospital KL rupanya.. Macam mana boleh tak perasan nie???? Gile lah.. Ade polis jaga pulak.. " Errr.. Bang.. Kami dah salah jalan. Takde nak jumpa sesiapa pon. Heheheheh" Jawab aku spontan. Cover malu. Ya Allah.. Macam mana boleh salah nie? Malunya kat abang-abang polis nie.. Kikikikiki..

Kes kat atas nie berlaku masa my housemate and CB keluar jenjalan meronggeng ke KL dimalam hari.. Wahhhh.. Malam hari.. Overnight tau.. Saja nak menghabiskan duit dan masa sebelum nak hadapi final exam. Pada 27hb April 2012 pukul 5 petang kami keluar rumah sewa di Semenyih, Selangor. Bukan terus pergi KL.. No.. No.. No.. Firstly, kami pusing-pusing satu Taman Pelangi Semenyih.. Konon nak cari kolam renang.. Budak kolej CB kata sana cantik.. Ada sesiapa tahu tak kat mana???

Pusing bagai nak rak. Jumpanya idak.. Apakah itu?? Too bad kan? Sedih ! Kami tak putus harapan. CB terus ajak pergi Taman Botani di Putrajaya.. Tempat CB dating dengan ehem ehem.. Hehehe.. Sampai sane pon dah pukul 6 lebih.. Jalan sekejap je kat sane.. Dapatlah photoshoot sikit..

nampak macam kat tepi pantai je kan? kan? angguk lah !
I kat oversea.. HUAHUAHUA..
Errr.. Ade banyak lagi.. Tapi upload nie jela. Nanti semua muntah kayak pulak tengok gambar CB and the geng. Heeewwww :D Lepas tu , kami gerak ke Alamanda. Soru (makan) semata-mata. Masa makan. Ada plak mamat cerita pasal perfume DKNY. Haih... Sabarlah hati. Kalau bukan sebab takde pitih (duit).. Aku dah grab perfume yang wangi tuuuuuu.. Pukul 8 lebih gerak ke Cheras. Hantar kawan CB balik rumah dia. Lepas dia keluar dari kereta.. Wahhh.. Seronok anak dara dalam kereta wira yang dah diubahsuai nie.. Meronggeng wey.. Dala tak keluar pergi KL memalam.. Haaa.. 

Kan dah jadi kes.. **Sila baca Introduction CB balik. Susah betul nak lupakan kejadian tu.. Malang betuii (betul). Siap gelak lambai-lambai lagi kat abang polis tu.. **Mesti dorang pelik tengok anak-anak dara dalam kereta wira hitam nie.. Erkk.. Lepas tu , kami dah tak tahu arah tuju kami. Nak ke KL.. Alahai ada banyak polis plak. Maklumlah, esoknya ada perhimpunan bersih 3.0.. Lastly, Cb ajak dorang pergi Uptown. Ingatkan nak lepak kat uptown Danau Kota. Alamak.. Sure sesak barat punya.. Dala malam sabtu.. Ramai penghuni-penghuni KL keluar cari barang tiruan. HauHau ^^v

Last place -----> Uptown Kota Damansara. Niat dalam hati nak balik rumah je terus. Alang-alang dah sampai Sungai Buloh.. Heeeee.

CB - Nak study.. 2 May 2012 CB dah start final exam :(

Wednesday, 25 April 2012

Segment : Serious Follow Back

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.

    Segment dilakukan oleh Broo Amercorner. Segment yang broo nie buat khas untuk orang yang serious sahaja. *okey tipu. HAHA. Segment nie adalah segment serious kena follow balik. Bagi CB, Hmmmmmm.. Bagus jugak segment cenggini berlaku. Serious kau.. "Kau Follow aku, Aku follow kau balik. Kalau tak follow, siap sedialah korang.. kena banned" - Devil laugh. Haw Haw Haw. 
    Kenapa CB join segment nie? Sebab nak tambah follower. Jujur follower CB ciput je. Sedih. And broo amercorner nie tanye, segment nie membebankan ke? Jawapan CB - Tak langsung. Bcoz? CB join dengan rela hati. Bukan kena paksarela.
     Pastu ade hadiah untuk top referral. Apakah? Cer tengok bawah.

Okey CB nak hadiah nie.. Sile comment banyak-banyak ye.. Kalau tak CB taknak follow korang balik. Hawhaw.. Kidding ^^v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...